1. Pendaftaran Ahli Persatuan

Hingga sekarang 45% unit rumah telah berdaftar dengan Persatuan Penduduk Delima Height. Borang akan dikeluarkan sekali lagi kepada unit yang masih belum bedaftar, akan dihantar 'by hand' mulai 1/7/09 dan kembalikan semula kepada AJK sebelum 31/7/09

2. Sticker

Ketika ini wajib untuk kereta saja, tidak pada motorsikal. Tujuanya utk pastikan kereta yang keluar masuk siang dan malam ke perkarangan perumahan kita adalah penduduk sebenar, bukan orang asing. Setiap unit rumah berdaftar dgn Persatuan akan dapat 1 sticker percuma, kalau nak sticker lebih, RM5/sticker.

3. Tabung Persatuan

Kutipan

  • kutipan yuran keahlian 2009------- --660
  • sticker tambahan ---------------------100
  • yuran tahunan 2009 ------------------384
  • jualan surat khabar lama -------------39

total ------------------------------------RM 1183

Pebelanjaan

  • sticker kereta------------------------400

4. Keselamatan Harta Benda

Didapati pagar antara 5B5T dan Halaman Chendana yang dulu dibangunkan oleh Persatuan Penduduk Halaman Chendana telah rosak. Tak tau sapa bagi rosak tapi kita akan maklumkan kepada Pengerusi mereka. Kita juga telah bersetuju untuk berbincang dengan pihak Polis untuk create satu 'Check Point' untuk mereka acknowledge bila buat rondaan.

5. Maksiat

Bawak pasangan masuk rumah, maksiat dalam kereta...benda ni dah berlaku dan boleh berulang lagi. Tak perlu dipanjang lebarkan crita, sambil AJK volunteer kita dok kat pondok kalau nampak macam tak kena je kita akan pi siasat. Kalau tutup mata semua orang dapat dosa..

6. Beberapa cadangan baru telah diaju, dibincang & pada dasarnya dipersetujui untuk dilaksakan. Cuma kita perlukan beberapa perjumpaan lagi untuk berbincang lebih detail lagi & antaranya:

a) Gotong royong & ceramah agama berkenaan fathilat puasa pada 15/8/09, sabtu, seminggu sebelum puasa, di pondok. Sesuai untuk semua golongan umur.

b) Kursus jahit 3-6pm, setiap ahad di Dewan JKKK Sungai Nibong. Yuran RM20 seorang.

c) Ada penduduk salah faham yang pondok kita hanyalah untuk kegunaan sesetengah pihak saja. Pada hakikatnya ia adalah untuk semua orang dan boleh diguna untuk sebarang aktivi yang bersesuaian. Oleh itu AJK bersetuju untuk menaikkan satu papan tanda untuk pondok kita.

d) Ada penduduk yang tiada access kepada 'blog persatuan' dan tidak juga berpeluang menghadiri mesyuarat AJK . Jadi mungkin akan terlepas beberapa berita yang mungkin bersangkut paut dengan mereka. Oleh itu kita bercadang mengadakan newsletter setiap 3 bulan.

e) Akaun persatuan- Syarat2 ketat pihak bank untuk membuka akaun persatuan telah melambatkan urusan membuka akaun persatuan dan diberitakan AGRO bank sedang buat sedikit kelonggaran. AJK sebulat suara melantik Banker Wahid kita untuk pi confirm.

f) Meeting AJK akan diadakan setiap akhir sabtu setiap bulan. Waktu malam AJK yang kelapangan boleh turun ke pondok sembang pasal aktiviti persatuan dan official decision kita buat dalam Mesyuarat Bulanan.

No comments:

Post a Comment